Posts

SESI KULIAH 21 SEPTEMBER 2017

Image
Topik 5 : Isu-isu keprihatinan negara Pada hari ini kami telah mempelajari topik 5 iaitu isu-isu keprihatinan negara,walaupun keadaan Puan Hafiza yang tidak berapa sihat,Puan tetap bersemangat untuk mengajar kami.Puan hafiza menerangkan tentang topik 5 iaitu isu-isu keprihatinan negara. Pengetahuan asas berkaitan dengan Malaysia iaitu hal ehwal serantau dan dunia, isu isu semasa yang melibatkan hubungan antarabangsa Malaysia, isu pembangunan alam sekitar di Malaysia serta isu pembangunan insan dan sistem pendidikan Malaysia adalah amat penting . Tujuan Malaysia membina hubungan dengan negara luar adalah untuk menjaga, mempertahankan dan memajukan kepentingan Malaysia di arena antarabangsa. Selain itu menjaga dan mempertahankan kemerdekaan, kedaulatan dan keselamatan Malaysia. Dan menangani perkembangan dan cabaran politik, ekonomi, keselamatan dan sosial pada peringkat antarabangsa.Kami juga memberi sepenuh perhatian ketika Puan Hafiza menerangkan. Disediakan oleh: Aqilah

MAJLIS PENUTUPAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN PMJB 2017

Image
Pada 17 September,telah berlangsungnya Majlis Penutupan Sambutan Bulan Kemerdekaan.Sebelum memulakan Majlis kami diminta menyayikan lagu Malaysia,Johor dan lagu Politeknik.PMJB telah menjemput Prof. Madya Hafidzi Mohd Noor untuk memberi taklimat tentang  bulan kemerdekaan.Topik yang dibincangkan ialah mengekalkan riwayat negara dan bangsa.Prof. Madya menerangkan sedikit sebanyak tentang negara dan masyarakat kita pada hari ini.Ianya sangat bermakna kerana kami dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan yang lebih luas. T aklimat yang diberikan mengenai hari kemerdekaan telah membakar semangat patriotik dari kalangan remaja. Ini kerana Prof.Madya Hafidzi Mohd Noor sangat pandai menjiwai jiwa remaja masa kini.Bukan itu sahaja Prof juga sangat bersemangat memberi kesedaran tentang semangat remaja yang semakin hilang terhadap cinta akan tanah air. Oleh itu, Pelajar politeknik kini lebih sedar tentang kepentingan mencintai tanah air daripada mengagongkan Negara lain.Dengan semangat cin

SESI KULIAH PADA 14 SEPTEMBER 2017

Image
Pembentangan video dan blog Pada 14 September Puan Hafiza telah meneliti dan menyemak video tokoh kami iaitu Dato' Jaafar Muhammad. Setelah itu, Puan Hafiza meminta kami untuk membetulkan beberapa perkara didalam video kami dan kami diberi masa selama satu minggu untuk mengedit video kami sebelum dihantar kepadanya untuk permarkahan. Puan Hafiza yang sedang menjelaskan kepada setiap kumpulan tentang blog dan video yang perlu diperbaiki semula untuk mendapat markah yang baik. Disediakan oleh: Wan

DATO JAAFAR BIN HAJI MUHAMMAD

Image
DATO JAAFAR BIN HAJI MUHAMMAD Datuk Jaafar bin Haji Muhammad ( 1838 - 3 Julai 1919 ) merupakan Menteri Besar Johor yang pertama . Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim telah melantiknya menjadi Menteri Besar pada tahun 1882. Keturunan Beliau dilahirkan dalam tahun 1838 di Teluk Belanga, Singapura. Beliau adalah berketurunan Bendahara Paduka Raja Johor dan Bendahara Kerajaan Melaka. Datuknya, Dato’ Abdul Jabar, mempunyai isteri seramal 20 orang. Hanya keturunan cucu Dato’Abdul Jabar iaitu, Dato’ Haji Mohamad bin Tahir yang dapat bertahan di Riau-Lingga. Dua orang anaknya iaitu Abdullah dan Haji Muhammad, telah mengikut Temenggung Abdul Rahman, penguasa Johor dan Singapura, berhijrah ke Singapura pada awal kurun ke-19. Pengasasan kerajaaan Jahar moden daripada keturunan Temenggung Abdul Rahman itu kemudian telah secara langsung mementingkan keturunan Dato’ Haji Mohamad Tahir sebagai Menteri Besar Johar, bermula dengan Abdullah sebagai Menteri Temenggung Ibrahim dan kemudian

VIDEO TOKOH

Image
VIDEO  Disediakan oleh: Azrin

SESI KULIAH PADA 7 SEPTEMBER 2017

Image
Topik 4 : Pembangunan Negara. Pada 7 September,Puan Hafiza telah menerangkan tentang topik 4 iaitu Pembangunan Negara.Topik ini menerangkan tentang rancangan dan visi pembagunan,pembagunan ekonomi,Rangka Rancangan Jangka Panjang (RRJP) dan Rancangan Malaysia (RM).Ia juga membincangkan tentang dasar-dasar Utama Malaysia .  kami memberi sepenuh perhatian ketika pembelajaran dijalankan. Pembangunan mempunyai pelbagai maksud dan dimensi. Biasanya, pembangunan merujuk kepada usaha mengubah masyarakat atau negara daripada keadaan mundur kepada maju. Perubahan yang dimaksudkan meliputi pelbagai aspek kehidupan manusia seperti ekonomi,politik,sosial,pendidikan,psikologi dan sebagainya. Selain itu,perubahan ini juga merujuk kepada aspek-aspek fizikal, aspek kebendaan. Secara keseluruhannya pembangunan ekonomi negara yang seimbang menjadi matlamat utama dalam pengubahan dasar pembangunan ekonomi negara sejak kemerdekaan sehingga kini.Selesai sahaja pembelajaran,Puan Hafiza mengginga

PEMBELAJARAN DAN KAHOOT!

Image
Topik 3 : kemasyarakatan dan perpaduan. Puan Hafiza telah menerangkan tentang topik 3 iaitu kemasyarakatan dan perpaduan di Malaysia.Topik ini menjelaskan tentang komposisi etnik penduduk Malaysia dengan penekanan tentang sejarah dan latar belakang Masyarakat Malaysia. Masyarakat majmuk merujuk kepada masyarakat yang berbilang bangsa dalam erti kata yang sebenar adalah bergaul tetapi tidak bercantum. Setiap kaum mengamalkan adat,kebudayaan,bahasa,fahaman dan cara hidup yang tersendiri. Selesai Pembelajaran kami ditugaskan untuk menjawab soalan-soalan di kahoot!  Quiz KAHOOT! Puan Hafiza telah membuat soalan-soalan untuk pelajar-pelajarnya tentang topik yang dipelajari di kahoot!Kami menjawab dengan bersungguh-sungguh untuk mendapat point yang banyak.Point terbanyak adalah pemenagnnya. Pelajar  sedang memasukkan nama mereka di dalam kahoot! Disediakan oleh: Aqilah