DATO JAAFAR BIN HAJI MUHAMMAD Datuk Jaafar bin Haji Muhammad ( 1838 - 3 Julai 1919 ) merupakan Menteri Besar Johor yang pertama . Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim telah melantiknya menjadi Menteri Besar pada tahun 1882. Keturunan Beliau dilahirkan dalam tahun 1838 di Teluk Belanga, Singapura. Beliau adalah berketurunan Bendahara Paduka Raja Johor dan Bendahara Kerajaan Melaka. Datuknya, Dato’ Abdul Jabar, mempunyai isteri seramal 20 orang. Hanya keturunan cucu Dato’Abdul Jabar iaitu, Dato’ Haji Mohamad bin Tahir yang dapat bertahan di Riau-Lingga. Dua orang anaknya iaitu Abdullah dan Haji Muhammad, telah mengikut Temenggung Abdul Rahman, penguasa Johor dan Singapura, berhijrah ke Singapura pada awal kurun ke-19. Pengasasan kerajaaan Jahar moden daripada keturunan Temenggung Abdul Rahman itu kemudian telah secara langsung mementingkan keturunan Dato’ Haji Mohamad Tahir sebagai Menteri Besar Johar, bermula dengan Abdullah sebagai Menteri Temenggung Ibrahim dan kemudian...
Comments
Post a Comment