DATO JAAFAR BIN HAJI MUHAMMAD

DATO JAAFAR BIN HAJI MUHAMMAD





Datuk Jaafar bin Haji Muhammad (1838- 3 Julai 1919) merupakan Menteri Besar Johor yang pertama .Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim telah melantiknya menjadi Menteri Besar pada tahun 1882.


Keturunan
Beliau dilahirkan dalam tahun 1838 di Teluk Belanga, Singapura. Beliau adalah berketurunan Bendahara Paduka Raja Johor dan Bendahara Kerajaan Melaka. Datuknya, Dato’ Abdul Jabar, mempunyai isteri seramal 20 orang. Hanya keturunan cucu Dato’Abdul Jabar iaitu, Dato’ Haji Mohamad bin Tahir yang dapat bertahan di Riau-Lingga. Dua orang anaknya iaitu Abdullah dan Haji Muhammad, telah mengikut Temenggung Abdul Rahman, penguasa Johor dan Singapura, berhijrah ke Singapura pada awal kurun ke-19. Pengasasan kerajaaan Jahar moden daripada keturunan Temenggung Abdul Rahman itu kemudian telah secara langsung mementingkan keturunan Dato’ Haji Mohamad Tahir sebagai Menteri Besar Johar, bermula dengan Abdullah sebagai Menteri Temenggung Ibrahim dan kemudian diikuti pula dengan anak Haji Muhammad, iaitu Dato’ Jaafar sebagai Menteri Besar semasa di bawah pemerintahan Sultan Aba Bakar. Di sebelah datuk perempuannya pula, Dato’ Jaafar berketurunan daripada Orang Kaya Semantan, iaitu seorang pembesar daerah Pahang yang penting. Pahang yang merupakan sebahagian daripada negeri taklukan Melaka, merupakan salah sebuah daerah pelarian pembesar pembesar Melayu selepas Melaka dikalahkan oleh Portugis. Dengan itu, hubungan politik dan persaudaraan itu dikekalkan melalui perkahwinan anak-anak pembesarnya. Che’ Buruk, anak Orang Kaya Semantan telah mendapat seorang cucu iaitu Che’ Ana. Kemudian, Che’ Ana telah dikahwinkan dengan Haji Muhammad. Mereka mendapat beberapa orang cahaya mata dan salah seorang daripadanya ialah Dato’ Jaafar, Menteri Besar Johor.






Kehidupan awal

Beliau mendapat pendidikan Melayu di Sekolah Melayu Telok Belanga. Kehidupan keluarganya agak susah; ayahnya Haji Muhammad, seorang penenun kain. Untuk menampung kehidupannya, Dato’ Ja’afar menjaja kuih, sebelum diterima bekerja sebagai kerani di pejabat Temenggung Ibrahim di Telok Belanga, Singapura pada tahun 1854. Atas kesungguhannya bekerja, Dato’ Ja’afar dilantik menggantikan bapa saudaranya, Abdullah sebagai Penasihat dan Setiausaha Negeri Johor di bawah pentadbiran Sultan Abu Bakar, pada tahun 1860-an.


Kerjaya
Beliau mulai berkhidmat dengan kerajaan negeri Johor ketika berumur 16 tahun, sebagai Pelatih Kerani di Pejabat Menteri kepada Temenggung Ibrahim. Dalam tahun 1856 beliau telah dilantik sebagai Kerani Besar di Pejabat Menteri, dan kemudiannya beliau terus memangku jawatan Dato' Menteri sehingga tahun 1882, dan kemudian terus dilantik sebagai Menteri Besar Johor oleh (Maharaja) Sultan Abu Bakar.
Perlantikan Datuk Jaafar bin haji Muhammad sebagai Menteri Besar ini adalah merupakan peristiwa bersejarah bagi negeri Johor, kerana inilah julung-julung kalinya seorang Menteri Besar dilantik dalam pentadbiran kerajaan Johor Moden.
Beliau adalah pengiring Maharaja Abu Bakar dalam lawatan pertamanya ke Eropah pada tahun 1876. Ketika memegang tugas sebagai Menteri Besar, beliau pernah memangku tugas Sultan Johor untuk menjalankan pentadbiran negeri, ketika baginda keluar negeri. Pada tahun 1904 beliau telah dilantik oleh Sultan sebagai Pemangku Raja.


Tugasnya yang terpenting ialah memimpin negeri serta menjalankan pentadbiran negeri. Beliau adalah seorang yang berani dan bersemangat waja dalam menjalankan tugasnya

Sumbangan
Semasa beliau menjadi Menteri Besar dari tahun 1882 hingga 1919, semua pegawai British yang berkhidmat di Johor diwajibkan memakai pakaian rasmi kerajaan Johor. Bendera Union Jack, iaitu bendera kerajaan British, haruslah dikibarkan lebih rendah daripada bendera negeri Johor. Di samping itu, semua surat-menyurat mestilah ditulis dalam Bahasa Melayu.
Pada 1904, Jaafar diarahkan oleh Sultan Johor menjadi Pemangku raja dan meraikan Putera Arthur (of Connaught) ke Tanah Melayu. Pada 1889, Duke Sutherland mengadap Sultan Johor dan perbualan itu dirakamkan oleh Florence Caddy.

Keluarga

Beliau berkahwin sebanyak lima kali. Beliau dikurniakan 13 orang cahaya mata bersama-sama isteri-isterinya :

  1. Aishah Ibrahim mendapat cahaya mata, Dato’ Mustapha, Aminah, Fatimah. 
  2. Maimunah mendapat cahaya mata, Khadijah. 
  3. Emon Abu Talib mendapat cahaya mata, Dato’ Abdullah, Che Dara. 
  4. Rugayah Hanum Abdullah mendapat cahaya mata, Aishah, Kamariah, Dato’ Onn, Malik, Azizah, Muhammad, Ahmad, Yahya. 
  5. Selamah Ambak mendapat cahaya mata, Rugayah. 
Meninggal Dunia
Beliau meninggal dunia pada tahun 3 Julai 1919 dan telah dikebumikan dengan penuh istiadat di Makam Mahmoodiah ,Johor Bahru, Johor.

Disediakan oleh: Aqilah,Syahidah

Comments

Popular posts from this blog

PENAMBAHAN AHLI KUMPULAN

LAWATAN KE MUZIUM TOKOH