SESI KULIAH PADA 7 SEPTEMBER 2017

Topik 4 : Pembangunan Negara.


Pada 7 September,Puan Hafiza telah menerangkan tentang topik 4 iaitu Pembangunan Negara.Topik ini menerangkan tentang rancangan dan visi pembagunan,pembagunan ekonomi,Rangka Rancangan Jangka Panjang (RRJP) dan Rancangan Malaysia (RM).Ia juga membincangkan tentang dasar-dasar Utama Malaysiakami memberi sepenuh perhatian ketika pembelajaran dijalankan.


Pembangunan mempunyai pelbagai maksud dan dimensi. Biasanya, pembangunan merujuk kepada usaha mengubah masyarakat atau negara daripada keadaan mundur kepada maju. Perubahan yang dimaksudkan meliputi pelbagai aspek kehidupan manusia seperti ekonomi,politik,sosial,pendidikan,psikologi dan sebagainya. Selain itu,perubahan ini juga merujuk kepada aspek-aspek fizikal, aspek kebendaan. Secara keseluruhannya pembangunan ekonomi negara yang seimbang menjadi matlamat utama dalam pengubahan dasar pembangunan ekonomi negara sejak kemerdekaan sehingga kini.Selesai sahaja pembelajaran,Puan Hafiza menggingatkan kami semua tentang video dan blog yang perlu disiapkan dengan segera untuk disemak oleh Puan Hafiza.



Sesi Pembelajaran yang sedang dijalankan.

Puan Hafiza yang sedang menerangkan tentang topik pembagunan negara.

 Puan Hafiza memberi masa 5 minit untuk pelajar berehat.

Disediakan oleh: Aqilah

Comments

Popular posts from this blog

DATO JAAFAR BIN HAJI MUHAMMAD

PENAMBAHAN AHLI KUMPULAN

LAWATAN KE MUZIUM TOKOH