SESI KULIAH 21 SEPTEMBER 2017
Topik 5 : Isu-isu keprihatinan negara
Pada hari ini kami telah mempelajari topik 5 iaitu isu-isu keprihatinan negara,walaupun keadaan Puan Hafiza yang tidak berapa sihat,Puan tetap bersemangat untuk mengajar kami.Puan hafiza menerangkan tentang topik 5 iaitu isu-isu keprihatinan negara.Pengetahuan asas berkaitan dengan Malaysia iaitu hal ehwal serantau dan dunia, isu isu semasa yang melibatkan hubungan antarabangsa Malaysia, isu pembangunan alam sekitar di Malaysia serta isu pembangunan insan dan sistem pendidikan Malaysia adalah amat penting . Tujuan Malaysia membina hubungan dengan negara luar adalah untuk menjaga, mempertahankan dan memajukan kepentingan Malaysia di arena antarabangsa. Selain itu menjaga dan mempertahankan kemerdekaan, kedaulatan dan keselamatan Malaysia. Dan menangani perkembangan dan cabaran politik, ekonomi, keselamatan dan sosial pada peringkat antarabangsa.Kami juga memberi sepenuh perhatian ketika Puan Hafiza menerangkan.
Disediakan oleh: Aqilah
Comments
Post a Comment