SESI KULIAH PADA 6 JULAI 2017

Topik 2 : Perlembagaan Malaysia dan sistem pemerintahan negara

Pada hari ini iaitu 6 julai , kami telah belajar mengenai perlembagaan Malaysia dan sistem pemerintahan negara,iaitu topik 2.Topik 2 ini menjelaskan bagaimana proses pembentukan perlembagaan negara dibangunkan. Ia juga menjelaskan tentang konsep Keluhuran Perlembagaan, peruntukan utama Perlembagaan malaysia dan menjelaskan tentang Kontrak Sosial.Perlembagaan Malaysia juga dikenali dengan nama Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yang dibentuk berasaskan kepada dua dokumen sebelumnya iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan 1957. Perlembagaan Malaysia telah dirangka berdasarkan nasihat daripada Suruhanjaya Reid yang telah melakukan kajian dalam tahun 1956. Perlembagaan berkenaan berkuat kuasa sejurus selepas kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.


Dalam sistem pemerintahan Malaysia, terdapat tiga buah badan utama iaitu :-
• Badan Perundangan (Legislative). Badan ini hanya membuat undang-undang dan tidak boleh menyerahkan kuasa ini kepada mana-mana pihak dan tidak boleh mempunyai kuasa lain;
• Badan Pemerintah (Executive). Badan ini hanya menjalankan kuasa eksekutif dan tidak boleh membuat undang-undang dan penghakiman; dan
• Badan Kehakiman (Judicial). Badan ini hanya menjalankan penghakiman dan tidak boleh membuat undang-undang atau menjalankan kuasa eksekutif.


selesai sahaja topik itu,Puan Hafiza telah menyediakan sebuah permainan yang bernama kahoot!.Kami diminta untuk menjawab soalan yang diberikan oleh Puan Hafiza.Ianya dapat membantu kami untuk lebih faham tentang topik ini.



kami memulakan pembelajaran kami denagn bersama Puan Hafiza


Kami memberi sepenuh perhatian ketika pembelajaran dijalankan 

Disediakan oleh: Azrin,Aqilah

Comments

Popular posts from this blog

DATO JAAFAR BIN HAJI MUHAMMAD

PENAMBAHAN AHLI KUMPULAN

LAWATAN KE MUZIUM TOKOH