SESI KULIAH PADA 22 JUNE 2017

E-folio

Pada 22 June 2017 , Pensyarah kami Puan Hafidza telah telah menerangkan tentang tugasan yang perlu diberikan kepada kami iaitu e-folio.Kami dibahagikan kepada beberapa kumpualan yang telah diberikan oleh Puan Hafiza.Selesai sahaja penerangan yang oleh Puan Hafiza,kami memulakan pembelajaran kami dengan topik 1   iaitu Sejarah Awal Negara . Puan juga telah menyetuh tajuk Kerajaan-kerajaan Melayu seperti Kerajaan Melaka , Kerajaan Johor dan Pengasasan Kesultanan-kesultanan Melayu Lain .

Pembelajaran topik 1: Sejarah Awal Negara

Sebelum lahirnya sebuah Negara yang berdaulat dan merdeka dikenali,sebagai Malaysia pada hari ini, telah muncul dan berkembang kerajaan atau kesultanan negeri-negeri Melayu. Kewujudan kerajaan-kerajaan Melayu ini ialah bukti perkembangan ketamadunan Melayu, iaitu akar umbi pembentukkan negara Malaysia. Perkembngan kebudayaan kerajaan – kerajaan Melayu ini meliputi aspek pemerintahan,perundangan,institusi sosial dan ekonomi.Aspekaspek ini membuktikan bahawa akar pembentukkan negara ini telah lahir beratus-ratus tahun lebih awal.

kami juga telah belajar mengenai Pendudukan Kuasa Asing seperti Portugis , Belanda , British dan Jepun . Kami juga telah belajar mengenai Negeri - negeri selat yang terdiri daripada Pulau Pinang , Singapura dan Melaka.Sejarah menunjukkan bahawa Tanah Melayu telah dijajah oleh kuasa-kuasa asing,dari barat mahu pun dari timur . Kedatangan kuasa-kuasa asing ini pada peringkat awal dianggap sebagai pedagang yang sama-sama berdagang di negeri-negeri Tanah Melayu.bagaimanapun atas kesilapan,kelemahan dan masalah dalaAm negeri-negeri melayu berkenaan , kuasa-kuasa asing ini mengambil peluang untuk menjajah . Tambahan pula,kuasa-kuasa asing mempunyai sebab-sebab utama menjajah negara-negara asia tenggara . Untuk memperolehi kawasan yang mempunyai sumber bahan-bahan mentah (ekonomi) dan untuk mengembangkan agama Kristian .selesai sahaja topik itu,Puan Hafiza telah menyediakan sebuah permainan yang bernama kahoot!.Kami diminta untuk menjawab soalan yang diberikan.


Puan Hafiza menerangkan tugasan e-folio dengan begitu jelas.

Sesi Pembelajaran yang sedang dijalankan.

Disediakan oleh: Azrin

Comments

Popular posts from this blog

DATO JAAFAR BIN HAJI MUHAMMAD

PENAMBAHAN AHLI KUMPULAN

LAWATAN KE MUZIUM TOKOH