SESI KULIAH PADA 6 JULAI 2017
Topik 2 : Perlembagaan Malaysia dan sistem pemerintahan negara Pada hari ini iaitu 6 julai , kami telah belajar mengenai perlembagaan Malaysia dan sistem pemerintahan negara,iaitu topik 2. Topik 2 ini menjelaskan bagaimana proses pembentukan perlembagaan negara dibangunkan. Ia juga menjelaskan tentang konsep Keluhuran Perlembagaan, peruntukan utama Perlembagaan malaysia dan menjelaskan tentang Kontrak Sosial. Perlembagaan Malaysia juga dikenali dengan nama Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yang dibentuk berasaskan kepada dua dokumen sebelumnya iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan 1957. Perlembagaan Malaysia telah dirangka berdasarkan nasihat daripada Suruhanjaya Reid yang telah melakukan kajian dalam tahun 1956. Perlembagaan berkenaan berkuat kuasa sejurus selepas kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Dalam sistem pemerintahan Malaysia, terdapat tiga buah badan utama iaitu :- • Badan Perundangan (Le...